Isu Panas

‘Ada tiga gerangan yang mahukan Pas – Umno bersatu’

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nik Mohammad Abduh, tegaskan bahawa ada tiga gerangan yang benar-benar mahukan Pas – Umno bersatu menjalinkan kerjasama politik.

“Pertama, yang mahukan Umno kekal memerintah dan Pas turut berada dalam kerajaan campuran sebagai rakan. Dengannya Umno – BN kekal selamat.

“Kedua, yang mahukan Pas hancur bersama Umno akibat bersekongkol dengan kerosakan dan kezaliman Umno – BN yang kian ditolak rakyat. Dengannya, mereka akan berjaya membina kerajaan baru tanpa Pas dan perjuangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, gerangan ketiga pula adalah gerangan yang benar-benar mahukan kesatuan umat Islam di atas tali agama, lalu mampu memerintah bersama.

“Pas matlamatnya ialah menyatukan umat di atas tali agama Islam yang kukuh dan lurus. Pas bukan untuk orang Pas. Pas adalah untuk umat Islam dan seluruh rakyat,” katanya.

Justeru, ujarnya janganlah berangan-angan untuk segera bersatu padu jika masih enggan berubah fikir dan minda untuk membaiki tindakan diri.

“Terus bersama berjuang untuk umat tercinta dan berimpianlah dengan kemenangan Islam yang pasti,” katanya.

Pas kini yang membentuk blok ketiga dengan Parti Ikatan, sering kali menjadi buruan banyak pihak parti politik untuk ‘memperisterikan mereka’ selepas ‘bercerai’ dengan Pakatan Rakyat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");