Isu Panas

Agenda burukkan kerajaan disusun rapi

KUALA TERENGGANU – Agenda memburukkan kerajaan dipercayai sedang disusun rapi oleh pembangkang, termasuk melalui media sosial dalam menggagalkan usaha kerajaan menjelang PRU14.

Pengerusi Biro Media Sosial dan Pidato Pemuda Umno Terengganu, Mohd Fauzi Mat Adam berkata, pelbagai usaha dan langkah dilakukan kerajaan bagi memastikan kelancaran dalam perjalanan dan pentadbiran negara akan dipandang negatif oleh pembangkang dengan mempengaruhi rakyat dengan pelbagai cara.

Menurutnya, selain isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pelbagai isu lain dijadikan tumpuan hebat oleh pembangkang untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan gagal dalam membawa kesejahteraan terhadap rakyat.

“Apabila semakin dekat dengan pilihan raya, kerajaan semakin digambarkan semakin teruk sedangkan apa yang disebarkan dalam media sosial belum pasti kebenarannya.

“Contohnya sekarang ini orang viralkan pasal Full Paying Patient (FPP) atau bayaran perkhidmatan di hospital kerajaan yang perlu dibayar penuh bukan lagi RM1 tetapi bayaran dikenakan sebagaimana bayaran di hospital swasta. Ini menunjukkan bahawa semakin dekat pilihan raya, isu yang dimainkan lebih dahsyat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Viral mengenai Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) atau FPP dipercayai disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang tidak memahami terma PPBP atau FPP itu.

Bagaimanapun, kerajaan melalui Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dalam laporan agensi berita kelmarin mengesahkan caj rawatan dikenakan terhadap pesakit luar masih kekal RM1 di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar.

Beliau berkata, caj rawatan dikenakan ke atas pesakit di hospital dan klinik kesihatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman berkata, isu GST yang berterusan dimanipulasikan pembangkang juga telah pun diperjelaskan pelbagai pihak khususnya dari pihak kerajaan namun tidak diterima pembangkang sehingga pemikiran rakyat turut diracuni.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");