Membawang Hari Ini

Ainul Aishah Bangga Jadi Wanita Berkulit Gelap

PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aisyah memberitahu dia bersyukur memiliki kulit gelap secara semula jadi dan tidak pernah sesekali berhajat untuk mendapatkan rawatan pemutihan kulit melalui kaedah suntikan atau sebagainya.

Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aisyah Azizun, 31, berkata, selain menyifatkan berkulit gelap sesuatu yang seksi, agak janggal untuk dia tampil dengan kulit putih yang tidak semulajadi.

“Dalam situasi banyak wanita sekarang begitu obses untuk berkulit putih sehingga sanggup berhabis duit bagi tujuan itu, saya pula selesa dengan tona kulit saya yang gelap kerana pada saya ia sesuatu yang seksi dan unik.

“Jujur, saya tidak pernah ada niat untuk mendapatkan rawatan pemutihan kulit dalam apa jua kaedah selain hanya mengambil suntikan vitamin C agar kulit menjadi sihat, bersih dan bermaya,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah ambil kisah sindiran orang sekeliling mengenai kulitnya tetapi ingin terus membuktikan bahawa wanita berkulit gelap juga mampu tampil elegan dan menawan jika kena dengan fesyen.

“Saya seorang yang ringkas tetapi saya tahu bagaimana untuk tampil menarik dalam cara saya sendiri, jadi mengapa saya harus berasa rendah diri bukan?” soalnya.

Dalam perkembangan peribadinya, pelakon yang kini popular menerusi drama rantaian Lara Aishah ini mengakui dia kini masih solo setelah tiga tahun putus cinta.

“Kalau ditanya soal itu, rasanya saya sudah bersedia untuk terima kehadiran insan bernama lelaki tetapi masalahnya sampai sekarang masih belum jumpa yang sesuai.

“Bukan bermakna saya terlalu memilih tetapi mungkin kerana pengalaman lalu mengajar untuk saya lebih berhati-hati menerima cinta lelaki yang betul-betul ikhlas,” katanya.

Di sisi kerjaya seni pula, Ainul mengakui dia agak teruja untuk menjayakan pementasan teater pertamanya Putera La Galigo yang akan menemui penonton selama tiga hari bermula 16 Disember depan dengan memegang watak sebagai Awan.

Pementasan itu turut menampilkan barisan pelakon popular antaranya Amar Asyraf, Tasha Shilla, Raja Azura dan Wan Raja.

Ianya akan dipentaskan di Stadium Melawati Shah Alam pukul 8.30 malam manakala 17 dan 18 Disember pula pada pukul 3.30 petang dan 8.30 malam.

Tiket dijual pada harga RM35 dan RM200 boleh didapati di www.airasiaredtix.com atau menghubungi talian 03-87754666 dan 03-41019332 untuk pertanyaan lanjut.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");