Membawang Hari Ini

Ajak harap hamstring pulih

Kuala Lumpur: Penyampai Geng Pagi Hot yang juga pelawak popular, Ajak mengalami kecederaan hamstring kaki kanan ketika bermain bola sepak bersama pasukan Hot FM.

Ajak berkata, dia hanya berpeluang beraksi selama lapan minit sebelum terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan persahabatan anjuran Hot FM berlangsung di The New Camp, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Rabu lalu.

“Sebenarnya saya sudah lama tidak bermain bola dan tidak sabar menunggu perlawanan ini tapi bila tiba harinya saya hanya dapat bermain selama lapan minit saja.

“Semalam saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana berasa kurang selesa. Pun begitu Doktor meminta saya menjalani rawatan di hospital tetapi saya meminta izin supaya tidak ditahan wad kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan,” katanya.

Ajak yang kini terpaksa menggunakan tongkat penyokong memberitahu dia perlu menjalani rawatan fisioterapi selain mengambil vitamin untuk memulihkan kembali kesakitan dialami.

“Saya perlu menjalani rawatan fisioterapi jika mahu pulih dengan cepat. Doktor memberitahu penyakit ini akan mengambil masa yang panjang tetapi saya bernasib baik kerana kecederaan ini hanya kecil.

“Mungkin dalam beberapa hari lagi saya akan beransur baik. Doakan semoga saya kembali sihat dan dapat berjalan seperti biasa,” katanya.

Ajak mengakui berasa bimbang sekiranya kaki kanannya itu lambat pulih. Ini kerana, dia bakal terbabit dalam program Running Man Challange Hydrated by 100 Plus pada 26 November ini.

“Apa merisaukan saya sekarang adalah hari penggambaran untuk program ini yang semakin hampir.

“Saya tidak mahu mencatat rekod menjadi selebriti pertama bertongkat dalam acara ini. Mudah-mudahan kecederaan ini tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh,” katanya.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");