Sukan Hari Ini

Alex mengamuk setengah dozen

London: Sir Alex Ferguson mendakwa dia hanya menggunakan pendekatan ‘bahang pengering rambut’ sebanyak ENAM kali sepanjang 27 tahun berada di Manchester United.

Bekas bos legenda Old Trafford itu menjulang 13 gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua Liga Juara Juara Eropah menafikan semua kejayaan diraih berpunca daripada ‘layanan pengering rambut’ menjadikannya popular.

Bagaimanapun terdapat banyak mitos mengenai perkara itu. Ia berlaku setengah dozen sepanjang tempoh itu dan pemain akan memberitahu mengenainya.

“Masalah bagi saya adalah apabila ada pemain membalas cakap saya, jadi saya akan terus menuju kepada mereka. Itulah masalah saya”, katanya.

Bekas pengurus skuad bola sepak antarabangsa Scotland Jock Stein kerap memberitahu saya, ‘Tunggu sehingga Isnin untuk bercakap kepada mereka,’ tetapi saya tidak dapat menunggu sehingga hari Isnin.

Sabtu selepas perlawanan saya memberitahu mereka apa yang benar benar saya rasakan kerana kami berlatih pada semua peringkat dan saya mengharapkan kita akan menang setiap perlawanan. Saya memberitahu mereka perkara sebenar dan berkata benar sentiasa memberikan hasil seperti diharapkan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");