Sukan Hari Ini

Alif, Kengo terpilih jalani latihan bersama QPR

GEORGETOWN: Dua pemain bola sepak remaja Pulau Pinang terpilih menjalani latihan bersama pasukan Queens Park Rangers (QPR) di London tahun depan.

Muhd Alif Amzar Hisham, 16, dan Kengo Lee, 16, dipilih selepas sesi pemilihan Klinik Bola Sepak AirAsia-QPR yang berlangsung di Padang Kelab Sukan Pulau Pinang di sini, semalam.

Muhd Alif yang juga pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu berkata, dia tidak sangka terpilih kerana ramai pemain muda berbakat hadir sesi pemilihan berkenaan.

“Bagai mimpi menjadi kenyataan apabila saya terpilih mengikuti latihan selama seminggu di Stadium Loftus Road bersama pasukan QPR tahun depan.

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang sepanjang menjalani latihan di sana nanti untuk memperbaiki tahap dan corak permainan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, kerjasama syarikat penerbangan itu bersama QPR turut membabitkan usaha mencungkil bakat muda bagi dijadikan pemain bola sepak berkualiti pada masa hadapan.

“Klinik Bola Sepak AirAsia-QPR akan menjelajah ke Bandung, Indonesia; Bangkok, Thailand dan Shenzhen, China pula selepas ini bagi mencungkil bakat muda di sana pula.

“Kita hanya mengambil dua pemain muda terbaik berusia antara 14 hingga 16 tahun daripada setiap negara untuk dihantar berlatih bersama kelab,” katanya.

Jelasnya, usaha ini diharap dapat memberi kesan positif kepada kualiti bola sepak Malaysia selepas pemain muda didedahkan dengan corak permainan luar.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");