Perak Hari Ini

AMANAH Perak Nafi Bincang 22 Dasar Baharu

IPOH : Parti Amanah Negeri Perak (AMANAH) hari ini menegaskan bahawa kenyataan bersama yang dikeluarkan atas nama Pakatan Harapan (PH) Perak masih belum dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan PH Perak.

Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi berkata, butiran 22 perkara tersebut adalah cadangan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming ketika berucap di dalam Konvensyen PH Perak di sini, pada 6 November lalu.

“AMANAH Perak ingin menegaskan bahawa pandangan tersebut adalah merupakan cadangan atau pandangan peribadi beliau semata-mata.

“Ia esti di bawa ke dalam Mesyuarat Pimpinan PH Perak terlebih dahulu untuk diperhalusi dengan lebih teliti dan disepakati bersama demi kebaikan rakyat Perak seluruhnya,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");