Berita Hari Ini

Ambil kira pandangan berbeza mahasiswa

Kuala Lumpur: Pandangan berbeza yang diutarakan generasi muda terutama mahasiswa perlu diambil kira kerana golongan itu berada di garisan hadapan dalam kalangan masyarakat dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan perlu mendengar kepelbagaian pandangan dan idea berbeza daripada mereka supaya tindakan yang mahu dilakukan berpijak di bumi nyata.

“Pandangan mereka ini yang akan merubah landskap politik, menukar pola pembangunan negara dan pemikiran kepemimpinan kerajaan.

“Bagaimanapun, saya mahu ingatkan mereka supaya tidak mudah terpengaruh dan membawa budaya Barat untuk dijadikan acuan menentukan masa depan negara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 4.0 sempena Perhimpunan Agung UMNO , di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ada antara budaya barat boleh dipinjam, tetapi untuk menukar sistem negara menjadi sistem luar seratus peratus tidak bersesuaian.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");