Isu Panas

Anggota jawatankuasa RUU 355 perlu telus cari titik persetujuan

DENGKIL: Anggota jawatankuasa pemilih Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau (RUU 355) perlu telus dalam mencari titik persetujuan bagi mengelak salah faham dan wujudnya polemik politik.

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, jawatankuasa pemilih dianggotai Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam itu dibentuk bagi membincangkan lebih terperinci berhubung RUU 355.

“Keberkesanan jawatankuasa ini banyak bergantung kepada ketelusan dalam kalangan pemimpin untuk mencari titik persetujuan dan ia banyak bergantung terhadap penjelasan yang bakal dibuat.

“Ia perlu dilakukan secara telus dan ikhlas bagi membolehkannya dibentang serta dibawa kepada pucuk pimpinan.

“Barisan Nasional (BN) adalah wadah terbaik untuk memastikan politik hari ini tidak menjurus kepada perpecahan rakyat terutama dalam isu berkaitan agama yang sensitif,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas pendirian beberapa parti komponen BN yang membantah pembentangan RUU 355.

Beliau ditemui selepas menghadiri Eksesais AMAN YOUYI 3/2016 membabitkan latihan ketenteraan bersama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan The Chinese People’s Liberation Army (PLA) di Paya Indah Wetland di sini, hari ini.

-BH ONline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");