Jenayah

Angkara pemandu cuai

SELAYANG: Kecuaian seorang pemandu kereta yang membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya meragut nyawa seorang penunggang motosikal, kelmarin.

Kejadian jam 7.23 malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Bukit Idaman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Sumber memaklumkan, penunggang motosikal, Jackieyus Baline Anak Jimbun, 20 berasal dari Sarawak tidak sempat mengelak kereta yang dipandu warga Myanmar.

Menurutnya, warga asing yang memandu kereta itu bersendirian membelok ke kanan untuk menuju ke pusat cuci kereta tempatnya bekerja.

“Jackieyus dari arah Bandar Baru Selayang yang tidak sempat mengelak terperosok di bawah kereta itu.

“Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu berkenaan memiliki lesen memandu dan merupakan pemegang kad UNCHR.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Tiada rakaman CCTV di lokasi dan keadaan jalan kering.

“Pihak polis masih berusaha mencari saksi yang melihat kejadian bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");