Membawang Hari Ini

Artis terkenal jayakan promosi Bas Drama Sangat

KUALA LUMPUR: Menyemarakkan kehangatan drama yang disiarkan di TV3 dan TV9, sembilan artis popular menjayakan siri jelajah Bas Drama Sangat terakhir edisi 2016, bermula hari ini hingga Ahad di Johor Bahru dan Melaka.

Mereka ialah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Emma Maembong, Nazrief Nazri, Aishah Ilias, Zahiril Adzim Sura Sojangi, Amar Asyraf dan Lufya.

Masing-masing menyertai rombongan berkenaan bagi mempromosikan drama yang menghiasi slot popular di kedua-dua saluran seperti Akasia, Dahlia, Samarinda dan Azalea.

Ketika ini, drama lakonan mereka yang ditayangkan ialah Umairah, Nasi Minyak Kuah Cinta, 7 Hari Mencintaiku dan Ainur Mardhiyah.

Emma yang dihubungi BH Online sebentar tadi menyifatkan siri jelajah berkenaan bagai mengimbas memori ketika terbabit dengan siri promosi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) beberapa tahun lalu.

“Kali terakhir saya naik bas adalah ketika dicalonkan dalam ABPBH beberapa tahun lalu dan sama-sama turut serta dengan siri jelajah yang dianjurkan. Inilah kali pertama saya dapat menyertai jelajah Drama Bas Sangat. Memang terkenang memori sewaktu jelajah ABPBH dulu.

“Selain dapat berseronok dan mengeratkan ukhuwah sesama artis di atas bas, saya juga teruja untuk turut serta menjayakan aktiviti membabitkan peminat. Ia pasti menyeronokkan,” kata pelakon drama Nasi Minyak Kuah Cinta itu.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin, siri jelajah itu memberi peluang kepada pihak stesen TV meluahkan tanda penghargaan kepada pengikut setia siri jelajah yang memberi sokongan tanpa henti terhadap drama disiarkan mereka.

“Kami juga amat berbangga kerana dapat memberi peluang kepada penonton setia TV3 dan TV9 untuk bertemu artis pujaan mereka secara eksklusif,” katanya.

Lokasi persinggahan pertama Jelajah Bas Drama Sangat bermula di Dataran Segamat, Johor, hari ini mulai jam 4 petang. Di sana, artis akan beramah-mesra bersama peminat.

Pada sebelah malam pula, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti Santai Drama Sangat.

Mereka juga dapat menonton sedutan di belakang tabir pembikinan drama. Aktiviti ini akan berlangsung di tempat sama bermula 9 malam.

Pada hari kedua, jelajah bas akan ke Pacific Bowling, Batu Pahat Mall, bagi acara Perlawanan Boling Drama Sangat. Pada sebelah petang pula, bas Drama Sangat akan bertolak ke Kluang Mall, Johor.

Selepas berakhirnya sesi ramah-mesra bersama pengunjung di Kluang Mall, bas Drama Sangat akan ke Melaka pula untuk meneruskan aktiviti pada hari kedua di River Cruise Melaka.

Hari ketiga dan terakhir jelajah Bas Drama Sangat diteruskan di Dataran Pantai Puteri, Melaka untuk sesi Senam Gaya Drama Sangat.

Seterusnya pada sebelah petang pula, bas Drama Sangat akan berkunjung ke Mahkota Parade Mall sebelum bertolak pulang ke Sri Pentas.

Perkembangan dari semasa ke semasa Jelajah Bas Drama Sangat boleh diakses menerusi laman sosial TV3 dan TV9 iaitu @TV3Malaysia & @TV9Malaysia

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");