Membawang Hari Ini

Azad perlahankan kerjaya seni

TIDAK hanya bergelar pelakon, Azad Jazmin juga bertindak sebagai pengurus isterinya, Eira Syazira. Tambahan pula, kini, Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi sudah pun melebarkan sayapnya di Indonesia.

Lantaran itu, pemilik nama penuh, Azad Jazmin John Louis Jeffri ini sanggup memperlahankan karier seninya.

“Saya mula serius mengurusnya, sejak tahun lalu. Kini, Eira adalah artis naungan di bawah label Positive Art di Indonesia,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, tahun 2016 adalah tahun untuk mempromosikan Eira sebagai penyanyi di Indonesia.

Bagaimanapun katanya, perkara itu terpaksa ditangguhkan seketika kerana Eira sedang hamil anak kedua.

“Kini, Eira sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada Januari nanti. Sebelum ini, dia sudah pun mempunyai single di sana iaitu Masih Ada Jodoh. Alhamdulillah, sambutan juga sangat memberangsangkan.

“Eira juga harus merakamkan single duet bersama kumpulan Wali Band, tetapi terpaksa tangguhkan dahulu. Alhamdulillah, syarikat rakaman juga sangat memahami,” katanya.

Berikutan itu, Azad mula kembali bergiat aktif dalam kerjaya seninya.

“Saya ada berlakon dalam beberapa telefilem dan filem. Malah, nama saya turut tercalon dalam beberapa pertandingan berprestij seperti Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin 2016,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azad bakal muncul dalam filem Last Kopek Havoc arahan Reen Emran dan Along Eyzendy.

Menariknya, katanya, filem ini mencipta kelainan apabila ia dihasilkan dalam bentuk pemain cakera digital (DVD).

“Cuba tanya pada sesiapa jua, pasti ada yang kata konsep pemasaran ini seolah-olah tidak relevan. Tetapi, mengapa harus memandang sedemikian? Mungkin inilah permulaan dalam mengajak masyarakat supaya membeli DVD,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");