Sukan Hari Ini

Azam gegar trek Belanda

Kuala Lumpur: Pelumba trek negara Shah Firdaus Sahrom (gambar, kanan) menaruh harapan untuk terus konsisten apabila turun bersaing di siri kedua Piala Dunia di Belanda bermula hari ini.

Anak didik ketua jurulatih negara John Beasley berkenaan tampil cemerlang pada siri pertama Piala Dunia di Glasgow minggu lalu menerusi acara keirin dan pecut individu walaupun tidak meraih sebarang pingat.

Buat kali pertama dalam siri Piala Dunia, Shah Firdaus berjaya melangkah ke separuh akhir acara keirin namun impiannya untuk muncul antara enam pelumba beraksi di pentas final tidak kesampaian.

“Saya menamatkan saingan pada kedudukan kelapan keseluruhan dalam saingan untuk kedudukan ke-7-12. Terdapat kesilapan taktik yang saya lakukan semasa separuh akhir, perkara yang saya tidak jangka berlaku.

“Bagaimanapun ia tetap pencapaian terbaik saya setakat ini kerana bukan mudah untuk mara sehingga separuh akhir,” katanya.

Malah pada penampilan ketiganya dalam siri Piala Dunia di Glasgow, dia turut memecahkan rekod peribadi terbaik dalam acara pecut individu ketika aksi kelayakan.

“Aksi di Glasgow menjadi pengajaran untuk saya mempamerkan persembahan lebih baik di Belanda.

“John gembira dengan persembahan dan peningkatan saya di Glasgow, jadi saya sendiri teruja untuk aksi seterusnya,” tambahnya.

Seperti di Velodrom Sir Chris Hoy di Glasgow, Shah Firdaus akan menjadi wakil tunggal negara beraksi di velodrom Apeldoorn menerusi acara keirin dan pecut individu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");