Membawang Hari Ini

Azira belajar perbaiki lakonan daripada Sheila

KUALA LUMPUR: Biarpun ketegasan penerbit, Sheila Rusly, menggerunkan ramai pelakon, namun bakat baharu, Azira Shafinaz, mengaku banyak belajar daripada bintang wanita berpengalaman berkenaan.

Justeru, beliau menganggap peluang dihulurkan oleh syarikat JS Pictures kepadanya untuk muncul dalam drama Mr Donut Karamel sebagai peluang keemasan, terutama buat orang baharu sepertinya.

Azira, 25, berkata beliau tidak terkecuali mempunyai persepsi tersendiri terhadap penerbit terbabit, namun akhirnya berasakan diri bertuah kerana diberikan tunjuk ajar sehingga membantu memperbaiki mutu lakonannya.

“Saya bertuah apabila berpeluang menjadi sebahagian produksi Mr Donut Karamel kerana kami rapat ibarat sebuah keluarga dan sangat akrab.

“Begitupun, memang saya takut juga pada awalnya kerana ada banyak cerita bertebaran. Namun Sheila banyak mengajar saya untuk menghayati watak dengan lebih baik. Banyak ilmu yang dicurahkan yang amat berguna buat pelakon baharu seperti saya,” katanya kepada BH Online.

Drama 13 episod yang diadaptasi daripada novel karya Hany Esandra itu mula ditayangkan menerusi slot Lestary pada 2 November lalu.

Sementara itu, anggota kumpulan De Fam itu menjelaskan, kepadatan jadual harian turut memberi impak kepada kulitnya. Pernah berdepan masalah kulit pada satu ketika dulu, Azira enggan membiarkan peristiwa sama berulang kembali.

“Saya pernah mengalami masalah jerawat ketika belajar di luar negara, oleh itu saya menitik beratkan penjagaan diri biarpun badan penat. Terdedah kepada cahaya dan solekan tebal ketika penggambaran, saya akan berkunjung ke klinik kosmetik sekali sebulan bagi mendapatkan rawatan.

“Bukan mudah untuk mendapatkan rawatan wajah yang bersesuaian dengan kulit, oleh itu saya memilih untuk meneruskan kunjungan ke klinik Idealyst. Selain serasi dengan wajah, kebanyakan perkhidmatan baharu disediakan bersesuaian dengan teknologi masa kini,” kata Azira.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");