Membawang Hari Ini

Bakar semangat karyawan

Anugerah sememangnya membakar semangat seseorang untuk melakukan yang terbaik. Justeru, kehadiran Anugerah Skrin (ASK 2016) sememangnya ditunggu-tunggu oleh karyawan industri seni tempatan.

Apatah lagi, ASK diwujudkan sebagai pentas untuk mengiktiraf pembikin filem, drama dan program tempatan sejak 18 tahun lalu.

Anugerah Skrin anjuran TV3 yang diperkenalkan pada 1994 satu usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dan karyawan tanah air.

Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, ntv7, 8TV dan TV9, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen Bernama, RTM, Astro, TV AlHijrah dan Hypp TV untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini.

Tahun ini, ASK yang bertemakan Menggapai Impian akan berlangsung pada 18 November dari Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya, jam 9 hingga 11.30 malam di TV3.

Kalangan penggiat seni sememangnya menyambut baik ASK kerana pengiktirafan yang diberikan akan menjadi pembakar semangat buat mereka untuk menghasilkan karya hebat dan diingati.

Ia turut menjadi penanda aras sebagai tanda kejayaan dan simbolik penghormatan atas usaha keras yang mereka lakukan selama ini.

ASK mengiktiraf usaha penggiat seni yang komited untuk berkarya dan menyumbang kepada industri filem dan TV serta percaya kepada hasil yang mampu memberi impak kepada masyarakat.

Tahun ini ASK 2016 mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi 13 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam teknikal.

Kelainan yang disuntik ialah kategori Drama Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik. Sebelum ini, kategori Drama Komedi Terbaik hanya mencalonkan drama bersiri tetapi kali ini telefilem komedi juga turut dipertandingkan dalam kategori ini.

Melihatkan pada populariti yang dikecapi serta kemampuannya mengendalikan penonton, Alif Satar dipilih mengacara ASK 2016.

Bagaimanapun, Alif tidak keseorangan kerana akan ditemani barisan pengacara bersama iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Sarimah Ibrahim, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.

Sememangnya, ASK sebuah majlis yang meriah dan acara karpet merah tidak kurang pentingnya bagi merancakkan suasana.

Nana Mahazan dan Hefny Sahad diberikan tanggungjawab mengendalikan segmen ini yang bersiaran langsung di Pop TV di TV9 dari jam 8.30 hingga 9 malam.

ASK 2016 juga akan bekerjasama dengan Fashion Valet untuk menggayakan lima selebriti terpilih untuk acara karpet merah.

Tidak lengkap majlis gah tanpa persembahan daripada artis hebat. Penonton di PICC dan di rumah akan digegarkan dengan persembahan daripada Shila Amzah, Elizad Sharifuddin, Indah Ruhaila, Shiha Zikir, Hazama, Black, Qodi, Fareez (Mentor Milenia), Amir Jahari, Mark Adam, Mimi One Nation Emcees dan Kaka Azraf.

Tidak ketinggalan, ditampilkan ialah Kumpulan Bocey (Abam, Achey dan Fad), Raihan, Akim & The Majistret, Alyah, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Hujan, Muaz, Epul drama Band, Awi Rafael, Waris dan juga band jemputan dari Indonesia, De’Meises.

Barisan penyampai anugerah yang ditampilkan pula ialah Erra Fazira dan Datuk Rosyam Nor, Sherry Al-Hadad, & Fattah Amin, Fazura & Farid Kamil, Janna Nick & Raja Afiq, Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Siti Saleha & Neelofa, Tabah Syazwan, Jasmine Suraya Chin & Aina Suzaily, Hazreena & Muaz (RTM), Izara Aisyah & Redza Rosli dan Zahiril Adzim.

Saingan sengit

Persaingan untuk ASK 2016 pula sengit membabitkan drama yang tercalon iaitu Anak Ibu Buangan Ibu Bila Tiba Saatnya, Cermin Kasih, Calon Syurga, Fatin, Hujan Malam itu, Khilaf Seorang Isteri, Ku Haramkan Susu Itu, Lafaznya Aamiin, Pondok Itu Rumahku, Rekah, Ramadan Berteduh Syawal, Raya Aidil & Fitri dan Selamat Hari Jadi Abah.

Kategori drama rantaian terbaik pula menyaksikan persaingan diantara Dan Hati Pun Berkata, Lambaian Ramadan, Maria Terindah, Pujaan Hati Umi, Seindah Takdir Cinta, Sesal Separuh Nyawa, Terlarang Sudah Rinduku dan Wadi.

Manakala, pencalonan bagi kategori Drama Komedi Terbaik pula ialah Ahli Mesyuarat Tingkap, Jom Kahwin, Mak Cun 2, Rajuk dan Si Montel.

Drama Rantaian Popular Media Sosial pula menyaksikan persaingan tiga penjuru diantara Kau Aku Kita, Menongkah Kasih dan Satu Cinta.

Persaingan kategori Filem Terbaik begitu ditunggu-tunggu kerana membabitkan filem Badi, Banglo Berkunci, Bravo 5, CCTV, Girlfriend Kontrak, Isteri Untuk Dijual, Jejak Warriors, Jwanita, Keranda Tok Wan Terbang, Langit Cinta, Love Supermoon, Mat Moto, Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, Nota, Pelepas Saka, Polis Evo, Munafik, Redha, Rembat dan Showdown.

Pada 5 November lalu, satu majlis makan eksklusif iaitu Malam Bersama Bintang turut diadakan di Memory Lane, Jalan Yap Kwan Seng bagi merancakkan lagi ASK 2016.

Ia dibuat bagi meraikan barisan pemenang terdahulu Anugerah Skrin dan mereka yang tercalon pada tahun ini.

Paparan menarik mengenai apa yang berlaku di sebalik tabir persiapan kru produksi dan para artis boleh disaksikan dalam program khas Menjelang ASK 2016 pada 18 November, jam 6 hingga 6.30 petang yang dihoskan oleh Haziq Hot FM.

Pada 25 November pula, akan disiarkan program Gemilang ASK 2016, jam 9 malam yang akan dihoskan oleh Ikhwan Kool FM dan Ain Edruce.

Program ini akan berkongsi saat eksklusif seperti gaya fesyen selebriti di karpet merah dan juga ucapan barisan pemenang ASK 2016.

ASK 2016 dihangatkan lagi dengan kerjasama tonton, Hot FM, Kool FM, Harian Metro, ZIP (Majalah Digital) selaku rakan media ASK 2016.

Kru penerbitan

Anugerah Skrin 2016 diketuai Pengurus Penerbitan Hiburan, Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Sharizan Razalli sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Informasi terkini ASK 2016 boleh diikuti menerusi laman web www.tv3.com.my dan www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia.

Juga, peminat boleh menonton video menarik istimewa ASK 2016 di YouTube TV3Malaysia Official.

Hangatkan lagi perbualan mengenai ASK2016 di laman sosial dengan hashtag #ask2016 dan #menggapaiimpian.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");