Perak Hari Ini

Bayar Cukai Tanah Di BSN

IPOH : Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai agen tambahan untuk kutipan cukai tanah.

Pengarah PTG Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris berkata, inisiatif yang diambil ini adalah bagi memudahkan lagi pemilik-pemilik tanah di negeri ini membayar cukai tanah.

4“Pelantikan BSN sebagai agen kutipan tanah tambahan memang kena pada tempatnya memandangkan BSN mempunyai 402 cawangan di seluruh negara dengan kemudahan 878 Automated Teller Machine(ATM) dan 375 Cash Deposit Machine (CDM).

“Selain itu, BSN juga mempunyai rangkaian perkhidmatan dengan melantik Ejen Bank Berdaftar (EBB) yang kini berjumlah hampir 7,000 agen khususnya di kawasan-kawasan luar bandar,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah.

Ujarnya lagi, pihaknya yakin kutipan hasil tanah negeri ini akan terus meningkat dan memberi manfaat kepada semua orang dengan inisiatif yang dilaksanakan ini.

“Fokus utama agen-agen ini selain membantu meningkatkan saluran bayaran adalah juga untuk membantu kerajaan negeri meningkatkan kutipan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah.

“Kerajaan negeri perlu memastikan kutipan cukai semasa dan tunggakan cukai tanah dilaksanakan dengan berkesan bagi mengelakkan kekurangan kutipan hasil yang diperlukan untuk membiayai pengurusan dan pembangunan negeri demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat,”katanya.

Sementara itu, Mearia berkata, Perak merupakan negeri kedua selepas Melaka yang mengambil inisiatif menjadikan BSN sebagai ejen kutipan cukai.

“Di Perak, kita mempunyain 48 buah cawangan dan lebih dari 114 mesin ATM dan CDM di seluruh negeri ini.

“Harapan kita di masa akan datang, PTG Perak sudi menggunakan agen-agen bank kita sebagai agen kutipan supaya dapat meningkatkan kutipan cukai tanah,”katanya.

Pada masa ini, katanya, bayaran cukai boleh dibuat di kaunter-kaunter BSN dan di masa akan datang, pemilik tanah boleh membuat bayaran melalui EBB BSN dan secara atas talian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");