Berita Hari Ini

Bekalan minyak masak cukup – KPDNKK

KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu risau akan bekalan minyak masak di negara ini kerana berdasarkan operasi besar-besaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini, ia dapati masih mencukupi untuk pengguna.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayudin, berkata operasi bekalan minyak masak yang dijalankan KPDNKK Kuala Lumpur, mendapati bekalan minyak masak paket dan botol di peringkat pemborong adalah mencukupi.

“Operasi di Jalan Pasar Pudu dan Jalan Imbi turut memeriksa dan mengesan sama ada bekalan minyak masak masih ada atau tidak dalam simpanan di premis masing-masing.

“Kita juga menemui peniaga untuk mengetahui sama ada pernah berlaku putus bekalan minyak masak atau tidak. Pada awal dahulu, masalah ini memang wujud, namun ia dapat diselesaikan dengan segera,” katanya ketika ditemui selepas operasi berakhir, di sini, hari ini.

Roslan berkata, sebanyak 28,693 pemeriksaan dilakukan sejak isu minyak masak berbangkit pada 21 Oktober lalu. Daripada pemeriksaan itu, katanya, sebanyak 34 kesalahan dikesan dilakukan mengikut Akta Bekalan 1961.

“Daripada jumlah ini juga, enam kes akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya sambil menambah bagi tempoh sama, pihaknya merampas 74.77 tan metrik minyak masak bernilai RM188,544.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");