Sukan Hari Ini

Belum angkat bendera putih

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berkata, dia belum memikirkan untuk menyerah kalah walaupun The Red Devils semakin ketinggalan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Red Devils ketika ini sedang menghuni tangga keenam liga, ketinggalan sembilan mata dengan pendahulu Chelsea yang mengumpul 28 mata.

Bagi Mourinho, dia yakin pasukannya masih mampu bersaing untuk menjulang kejuaraan EPL musim ini.

“Ketika saya berjaya menjulang kejuaraan ini 18 bulan lalu, pasukan saya (Chelsea) ketika itu mendahului pasukan lain dengan jurang 10 mata. Tetapi, sebulan selepas itu, City berjaya menyaingi kami.

“Jadi, saya percaya, macam-macam boleh berlaku kerana perjalanan liga masih panjang.

“Saya yakin kami mampu mengejar kembali kedudukan walaupun saingan kami kini menjadi semakin sengit,” katanya.

Tengah malam ini, United akan melayan kunjungan penghuni tangga ke-17 liga, West Ham di Old Trafford.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");