Jenayah

`Berani lain macam ni…’

Tasek Gelugor: Wanita warga emas dan jirannya cedera terkena tikaman ketika bergelut dengan pencuri di Jarak Atas, dekat sini, awal pagi ini.

Robeah Taib, 70-an, berseorangan di rumah tetapi ditemani jirannya dikenali Isabela, 40-an, yang dikatakan tidur di ruang tamu.

Difahamkan, Robeah terjaga selepas lelaki berbadan gempal masuk ke dalam rumahnya, pada kira-kira 3 pagi.

Penduduk yang enggan dikenali, berkata Robeah kemudian bergelut dengan suspek sebelum dibantu jirannya itu.

Katanya, pergelutan berlaku kerana Robeah cuba mendapatkan kembali beg tangannya daripada suspek.

“Tapi, kedua-duanya cedera terkena tikaman. Penduduk kemudian bantu hantar mereka ke Hospital Seberang Jaya. Suspek berjaya melarikan diri,” katanya.

Difahamkan, suspek hanya dapat melarikan RM40.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");