Sukan Hari Ini

Beregu lelaki negara sasar no 1

BEREGU lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memasang hasrat untuk memegang takhta selaku pasangan nombor satu dunia sebelum 2016 melabuhkan tirai.

Sasaran terbaru itu, dilontarkan selepas mereka berjaya berada di kedudukan kedua dunia dengan mengumpul 71,297 mata berbanding pasangan nombor satu, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong (85,279 mata) berdasarkan kedudukan beregu terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Justeru itu, V Shem yang bersemangat merealisasikan impian itu menetapkan untuk tampil dengan aksi terbaik pada dua kejohanan yang bakal disertainya selepas ini iaitu kejohanan Siri Super Terbuka China bermula minggu depan ((15-20 November) selain Terbuka Hong Kong selepas itu (22-27 November).

“Ya, memang kami mahu gelaran nombor satu dunia sebelum tahun 2016 berakhir. Dan misi itu tidak mustahil dilakukan andai kami beraksi cemerlang di China atau Hong Kong.

“Kami sentiasa cari ruang untuk baiki segala kelemahan yang ada kerana dengan cara itu sahaja kami mampu meningkatkan teknik serta corak permainan sebelum menyertai sebarang kejohanan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Penajaan Kelab Badminton Petaling (PBC) bersama Platinum Vintory Sdn Bhd dan XOX Berhad, semalam.

Bagaimanapun, V Shem mengakui misi itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan perbezaan mata dengan pasangan Korea terlalu jauh.

“Semuanya perlu dilakukan satu persatu dan kami perlu sabar, tapi kalau kami dapat satu kejuaraan pada dua kejohanan selepas ini, peluang itu masih ada.

“Apa pun, kami ingin fokus untuk mara sekurang-kurangnya separuh akhir dulu, kerana kemaraan ke separuh akhir sudah cukup untuk menjadikan kami nombor satu dunia.

“Kalau tidak, kedudukan mata ranking tak berubah,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya tekanan untuk memegang status itu buat pertama kalinya sejak digandingkan dua tahun lalu, V Shem berkata mereka perlu bijak mengawalnya.

“Tekanan itu memang ada, tapi kami kena kuatkan mental dan fokus dengan misi ditetapkan,” ujarnya lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");