Jenayah

‘Berlakon’ diserang penyakit sawan

TANJUNG MALIM – Gara-gara tidak mahu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seorang gelandangan berpura-pura diserang penyakit sawan dalam operasi yang dijalankan, kelmarin.

Lelaki berusia 36 tahun dipercayai mempunyai masalah mental itu dikatakan ‘berlakon’ diserang penyakit sawan ketika usaha menyelamatkan dilakukan JKM Daerah Mualim di sekitar Pekan Tanjung Malim.

Pegawai JKM Daerah Mualim, Muhammad Fairul Badry berkata, pihaknya menerima panggilan daripada satu persatuan bukan kerajaan (NGO) berkenaan lelaki tersebut di kawasan itu.

Katanya, menurut maklumat yang diterimanya, lelaki gelandangan berkenaan sering merayau-rayau di sekitar kawasan Tanjung Malim tanpa hala tuju.

“Berdasarkan maklumat itu, pihak kami bergegas ke lokasi yang dimaksudkan dan mendapati lelaki gelandangan itu ada di tempat tersebut.

“Ketika kami cuba menyelamatkan lelaki gelandangan itu, dia berpura-pura diserang sawan kerana enggan ikut kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhamad Fairul berkata, pihaknya tahu taktik yang dilakukan lelaki itu dengan berpura-pura diserang penyakit sawan kerana enggan diselamatkan oleh pihaknya.

“Selepas dipujuk beberapa kali, lelaki itu kemudiannya bersetuju untuk diselamatkan. Dia kemudiannya dibawa ke Kompleks Penyayang Bakti, Sungai Buloh,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapat perintah Mahkamah Majistret Tapah untuk menempatkan lelaki itu di Rumah Seri Kenangan di Hulu Kinta.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3(2) Akta Orang Papa,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");