Panasnya Hari Ini

BERSIH Jangan Bohong Rakyat

KUALA LUMPUR : Kenyataan dua pemimpin BERSIH iaitu Pengerusinya, Maria Chin dan Timbalannya, Shahrul Aman Mohd Sari yang menafikan perhimpunan itu tiada keganasan dilihat sebagai satu pembohongan kepada rakyat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, kata-kata itu sudah terbukti himpunan BERSIH sebelum ini dicemari macam-macam tragedi keganasan.

“Penafian Maria Chin dan Shahrul Aman sebenarnya tidak dapat menutup segala ‘dosa-dosa’ lampau yang dibuat oleh peserta BERSIH terhadap keharmonian rakyat negara ini.

“Saya nak tanya, apa lagi yang mereka nak kelentong dan berbohong kepada rakyat? Semuanya sudah nyata dan jelas dalam lipatan sejarah hitam negara.

“Majoriti rakyat sudah tahu himpunan BERSIH penuh provokasi, hasutan dan tindakan agresif terhadap rakyat serta kepentingan awam yang direstui sendiri pemimpin-peminpin mereka,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya, pada Jumaat.

Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan BERSIHini membawa mesej perpecahan dan laungan hasutan bukan bermakna mereka ‘berperang terhadap demokrasi’.

Ujarnya, pendedahan Wikileaks tentang penglibatan hartawan Yahudi, George Soros yang membiayai dana untuk gerakan menjatuhkan kerajaan Malaysia termasuh BERSIH cukup jelas untuk membuktikan segala-galanya.

“Soros si pendendam kesumat dengan negara ini sejak sekian lama dan sebab itulah dia sanggup membiayai apa sahaja gerakan menjatuhkan kerajaan Malaysia termasuk menjadi dalang di sebalik BERSIH 5.

“Malahan ‘track record’ Soros dan Open Society Foundation dalam gerakan revolusi dunia penuh tragedi keganasan dan pertumpahan darah,”katanya.

Berikutan itu, beliau meminta semua pemimpin dan peserta BERSIH cermin diri sendiri sebelum mahu terus berbicara tentang tuntutan keadilan, ketelusan dan menjunjung demokrasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");