Jenayah

Bom asap antara yang dirampas

Shah Alam: Tiga anggota sindiket pecah kedai elektrik ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam tiga serbuan berasingan pada 16, 21 dan 22 November lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun ditahan dalam satu pemeriksaan rambang dua anggota polis di sekitar Kampung Jawa, Klang dan menemui sebutir bom asap dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk jenayah berkenaan.

Menurutnya, susulan tangkapan itu polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Kelana Jaya dan berjaya merampas sebahagian besar barang termasuk telefon bimbit dan peralatan muzik.

“Lelaki terbabit mengaku menjual telefon bimbit yang dibeli daripada suspek pertama di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

“Polis kemudiannya berjaya menangkap seorang lagi lelaki Myanmar berusia 24 tahun di Kampung Jawa, Klang dan menemui sebahagian lagi barang kes,” katanya pada satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah kedai elektrik di Bukit Kemuning dan Seksyen 23, Shah Alam.

“Nilai rampasan adalah sebanyak RM150,000 termasuk 95 unit telefon bimbit, 25 tablet, komputer riba dan pelbagai peralatan lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,”katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");