IPOH: Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh ke longkang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jati, di sini, pagi tadi.
Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak, pihak Bomba bahagian Meru Raya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.06 pagi tadi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor anjing terjatuh ke dalam longkang sedalam lima kaki,” kata sumber.
Pihak penyelamat telah menggunakan penjerut khusus bagi membawa naik anjing tersebut lalu dilepaskan di kawasan selamat.
Operasi menyelamat tamat sekitar jam 8.29 pagi tadi yang diketuai oleh PBK II Rosdi Mohd Razi.
Komen & Pendapat