Jenayah

Bot terbalik, nelayan dikhuatiri lemas

Chukai: Nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kacanya terbalik di Sungai Pinang, Kemaman kira-kira 8 pagi tadi.

Zakaria Kassim, 52, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Penguasa Bomba Yahaya Hanapi berkata, mangsa bersama abang dan rakannya ke sungai itu untuk memindahkan bot.

Menurutnya, mangsa kemudiannya masuk ke dalam bot berkenaan sendiri untuk membawanya ke hulu sungai.

“Bagaimanapun, arus sungai deras menyebabkannya tidak dapat mengawal bot sebelum ia terbalik dan mangsa hilang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 10 pagi bergegas ke lokasi dan seramai 14 pegawai dan anggota menjalankan operasi mencari.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");