Jenayah

Buruh binaan mengaku sogok polis

AYER KEROH: Seorang buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memberi rasuah berjumlah RM370 kepada seorang pegawai polis, Ogos lalu.

Tan Wee Kuang, 34, mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Taman Semabok Perdana, kira-kira jam 7.15 malam, 23 Ogos lalu.

Dia dituduh memberi wang rasuah itu kepada Inspektor Mudzaffar Shah Zulkefli dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Wee Kuang didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM, Ong Cheng Hian, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan Wee Kuang diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Disember ini untuk tarikh hukuman.

-Bh online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");