Sukan Hari Ini

Cabaran berakhir

Kuala Lumpur: Cabaran beregu campuran negara terhenti di separuh akhir apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal mengekang ketangkasan pasangan dari China He Jiting-Du Yue di Kejohanan Remaja Dunia yang sedang berlangsung di Bilbao, Sepanyol.

He Jiting-Du Yue yang juga pilihan pertama kejohanan hanya memerlukan 27 minit untuk menang ke atas wakil negara 21-14, 21-11.

Tang Jie-Ee Wei dilihat cuba memberi tentangan pada set kedua selepas tewas 14-21 di set pertama bagaimanapun langkah mereka serba tidak menjadi dengan pasangan China terus mengasak untuk mendahului.

Akhirnya Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur dengan kekalahan namun pasangan muda negara itu berjaya menepati sasaran yang diletakkan untuk mara ke separuh akhir.

Bagi Tang Jie, mereka sudah mencuba yang terbaik bagaimanapun nasib tidak menyebelahi selain beregu China terlalu kuat.

“Permainan kami agak lambat berbanding lawan yang bermain pantas dan kami pula sukar untuk mengikut rentak mereka.

“Selain itu, perasaan gementar juga sedikit mengganggu membuatkan kami sering melakukan kesalahan dan pukulan tidak menjadi,” kata Tang Jie.

Bagaimanapun, kekalahan itu dianggap pengalaman berguna beregu muda mereka ketika He Jiting-Du Yue sudah pun mempunyai nama di kalangan pemain senior.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");