Sukan Hari Ini

Cadang catur dipertandingkan pada temasya SUKMA

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan catur dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) sebelum negara berhasrat menjadi penganjur kejohanan sukan itu bagi peringkat dunia.

Tengku Abdullah menyokong usaha menjadikan Malaysia penganjur kejohanan catur bagi peringkat dunia, tetapi langkah awal untuk melahirkan pemain berkualiti dan setanding harus diusahakan terlebih dahulu.

“Saya minta Persekutuan Catur Malaysia berusaha supaya permainan ini dapat dipertandingkan di peringkat SUKMA bagi membolehkan ia diiktiraf dengan lebih cepat di peringkat antarabangsa.

“Sekiranya ada (catur di SUKMA), kita boleh memberi latihan lebih intensif kepada pemain supaya dapat melahirkan pemain berkualiti. Kalau hendak anjurkan di peringkat dunia, kita kena ada pemain serta jurulatih yang bagus.

“Saranan ini harus diteliti, kita boleh (anjur kejohanan catur dunia) kerana ada kemudahan baik tetapi kalau pemain tidak baik pun sukar juga,” katanya berucap merasmikan Kejohanan Catur Berpasukan Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Presiden Persatuan Catur Pahang, Hamidah Abdul Hamid.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");