Sukan Hari Ini

Chong Wei bertarung di Dubai

Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei layak beraksi di Siri Super Akhir secara merit selepas menduduki ranking ketujuh Siri Super apabila kedudukan itu dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Siri Super Akhir yang akan berlangsung di Dubai pada 14 hingga 18 Disember ini menampilkan tujuh pemain yang mempamerkan aksi cemerlang dalam kesemua kejohanan bertaraf Siri Super.

Chong Wei walaupun tidak beraksi pada dua aksi Super Siri terakhir Terbuka China dan Hong Kong menduduki ranking ketujuh dengan mengumpul 43,510 mata.

Bintang China, Chen Long pula memperoleh tiket wild card selepas meraih emas di Sukan Olimpik Rio Ogos lalu, manakala perseorangan lelaki Denmark, Jan O Jorgensen menduduki tangga teratas dengan mengumpul 65,440 mata.

Seorang lagi wakil Denmark ialah, Viktor Axelsen (46,820) namun agak malang buat Hans Kristian Vittinghus tidak dapat beraksi di kejohanan itu walaupun menduduki kedudukan terbaik kerana peraturan hanya membenarkan setiap negara hanya boleh membenarkan dua wakil paling maksimum.

Empat lagi pemain lain ialah Son Wan Ho (Korea Selatan), Tian Houwei (China), Ng Ka Long (Hong Kong) dan Marc Zwiebler (Jerman).

Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut layak beraksi di kejohanan berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Hamdan.

Chong Wei pernah muncul juara di kejohanan yang diadakan secara format round robin (pusingan awal) pada 2008, 2009, 2010 dan 2013.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");