Membawang Hari Ini

Chris Hemsworth Tidak Yakin Miley Cyrus Sedia Kahwini Adiknya

PENYANYI Miley Cyrus akhirnya mengaku dia kini kembali bertunang dengan Liam Hemsworth selepas dilaporkan sudah putus hubungan sebelum ini.

Biarpun mendapat sokongan daripada peminat-peminatnya, namun abang lelaki berkenaan iaitu Chris Hemsworth dikatakan tidak setuju dengan hubungan yang bertaut kembali itu.

Seperti dipetik Daily Mail, Chris tidak yakin wanita tersebut betul-betul ingin kembali bersama adiknya dan bersedia untuk berkahwin.

“Miley menunjukkan sikap seperti sudah bersedia untuk berkahwin, tapi Chris tidak yakin wanita itu mampu menjadi isteri yang baik kepada Liam,” ujar sumber.

Menurut sumber, Chris bimbang wanita itu sekali lagi menyakiti hati adiknya yang benar-benar cintakan Miley.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");