Sukan Hari Ini

Conte hukum Mikel

JOHN Obi Mikel mengalami musim buruk bersama Chelsea apabila tidak langsung diturunkan dalam mana-mana perlawanan oleh pengurusnya, Antonio Conte.

Di musim panas lalu, Mikel mengambil keputusan untuk menyertai skuad bawah 23 tahun Nigeria untuk beraksi di Olimpiade dan berjaya membawa pasukannya mara ke peringkat separuh akhir.

Namun, Conte dikatakan tidak menyenangi keputusan itu dan menjatuhkan hukuman dengan tidak menggunakan khidmatnya musim ini.

Menurut Penasihat Taktikal pasukan Nigeria, Gernot Rohr, hukuman itu tidak wajar kerana Mikel hanya melakukan apa yang perlu untuk negaranya.

“Mikel berlatih sangat baik bersama Chelsea, tetapi dia dihukum kerana memilih untuk bermain bersama pasukan negara di Olimpiade.

“Saya tidak akan sesekali menghukum pemain yang ingin beraksi untuk negaranya kerana rasa cinta pada negara. Bagi saya ini tidak wajar,” katanya.

Menjelang musim perpindahan Januari nanti, Mikel disebut-sebut akan mencari kelab baharu untuk beraksi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");