Jenayah

Cubaan bolos dari polis gagal

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki patah kaki kanan dan cedera di bahagian pinggang akibat ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis sehingga kenderaannya terbabas dan melanggar tiang lampu jalan di Jalan Selendang 17, Taman Mewah Kulai kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kereta jenis Perodua Bezza dinaiki dua lelaki itu pada mulanya dikesan di Taman Desa Kulai.

Menurutnya, pada Ahad lalu, berlaku satu kes samun di bandaraya ini membabitkan suspek yang memandu kenderaan serupa.

“Kereta dinaiki dua lelaki itu kemudian memecut laju dan hilang jejak ketika dihampiri anggota polis.

“Bagaimanapun ia berjaya dikesan semula, tersorok di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tan Yoke Fong dalam keadaan enjin dimatikan,” katanya.

Mohd Najmuddin berkata, semasa ingin membuat pemeriksaan, suspek enggan memberikan kerjasama sebaliknya bertindak agresif cuba melanggar anggota polis unit kereta peronda (MPV) Kulai.

Menurutnya, anggota MPV terpaksa mengejar sejauh kira-kira dua kilometer sebelum kereta yang dipandu suspek terbabas dan melanggar tiang lampu jalan di taman perumahan.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek, tetapi suspek masih tidak memberhentikan kereta malah hampir melanggar anggota kita.

“Selepas terbabas, kedua-dua suspek cuba melarikan diri, tetapi berjaya diberkas anggota polis,” katanya.

Katanya, pemandu kenderaan yang mengalami kecederaan dan rakannya yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, semakan terhadap kereta yang dinaiki kedua suspek mendapati ia adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Skudai Sabtu Lalu bersabit kes di Bukit Indah.

“Semakan mendapati kereta itu telah digunakan dalam kejadian samun di sekitar Johor bersabit kes di Johor Jaya dan Taman Perling.

“Kedua-dua suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 369A Kanun Keseksaan/ 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya pada tahun lalu.

“Hari ini (semalam) kita berjaya memberkas seorang lagi rakan suspek yang dipercayai terlibat lima kes samun dan disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");