Jenayah

Ditahan kerana miliki aksesori polis

Kuala Lumpur: Dua warga Thailand ditahan di Jalan Kuchai Lama, di sini, awal pagi semalam, selepas menghalang tugas polis selain memiliki barang serta aksesori milik pihak berkuasa itu.

Dalam kejadian itu, polis menahan kereta dipandu lelaki berusia 23 tahun untuk pemeriksaan pada jam 3.30 pagi selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Seorang wanita berumur 24 tahun turut berada dalam kereta itu.

Sumber berkata, polis meminta lelaki itu menunjukkan dokumen pengenalan diri tetapi dia mempersoalkan tindakan berkenaan.

“Lelaki itu juga merakam video ketika proses tangkapan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di bonet kereta menemui pelbagai barang dan aksesori berlogo polis.

“Mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89(A) Akta Polis 1967,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");