Jenayah

Dua kilang musnah terbakar

KAJANG: Dua buah kilang terbakar dalam satu kejadian di Taman Sri Serdang di sini, kelmarin.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.06 malam.

Sejurus panggilan diterima, tiga pegawai dan 16 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jentera pertama tiba tiga minit kemudian dan mendapat kebakaran melibatkan dua kilang kelas A dengan keluasan keseluruhan 60×60 meter.

“Kilang berkenaan sudah 70 peratus terbakar ketika pasukan bomba tiba di lokasi.” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");