Jenayah

Dua pencuri ditahan

Kuching: Dua lelaki ditahan polis semalam kerana terbabit dalam kejadian curi di sebuah kondominium di Jalan Lapangan Terbang, di sini membabitkan kerugian dianggarkan RM340,000.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek yang berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan polis di kondominium berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, suspek yang juga pekerja syarikat pengurusan bangunan berkenaan dipercayai melakukan jenayah itu ketika melakukan diminta pemilik unit kondominium itu untu membetulkan siling pada Oktober lalu tanpa pengetahuan mangsa yang menyewa unit berkenaan.

“Wanita yang juga ahli perniagaan berusia 48 tahun itu menyedari kehilangan tiga keping cek berjumlah RM10,000, mata wang asing serta pelbagai jenis barang kemas selepas melakukan pemeriksaan di rumah sewanya semalam.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");