Jenayah

Dua penumpang hadapan maut nahas

KUALA KRAI – Dua wanita maut sementara rmpat yang lain cedera setelah kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di KM 105.5 Jalan Kora Bharu,Gua Musang, 2 petang semalam.

Mangsa Rafiah Omar ,61, dan Norsiah Pungot,50, warganegara Singapura yang merupakan penumpang hadapan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai sementara Muhammad Nir Rizuan Afiq Abdullah,8,Hanafi Mamat,68,dan Muhammad Suhaimi Ismail,22, cedera parah.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, pemandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menuju ke arah Gua Musang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan jenis Suzuki Rooky yang dipandu lelaki berusia 68 tahun dari arah Gua Musang telah terbabas dan gagal mengawal kenderaannya lalu masuk secara melintang ke laluan bertentangan,” katanya.

Abdullah berkata, berikutan kejadian pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan telah terlanggar rusuk sebelah kiri Suzuki Roocky.

“Akibatnya penumpang hadapan kedua-dua kenderaan ini dikejarkan ke hospital.

“Kedua-dua mangsa bagaimanapun dipercayai meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Krai,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41( 1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");