Berita Hari Ini

Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.3 Peratus Pada Suku Ketiga 2016

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus pada suku ketiga, sebahagian besarnya didorong oleh penggunaan domestik dan eksport, kata Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, Jumaat.

Ekonomi berkembang empat peratus antara Mei dan Jun tahun ini.

“Berasaskan pelarasan bermusim suku ke suku, ekonomi meningkat 1.5 peratus pada suku ketiga berbanding 0.7 peratus pada suku kedua 2016,” katanya pada sidang media di sini.

Inflasi menjadi sederhana kepada 1.3 peratus pada suku ketiga.

Secara keseluruhannya, permintaan domestik meningkat pada kadar yang lebih sederhana, dengan pertumbuhan dalam aktiviti sektor swasta mengimbangi pertumbuhan perbelanjaan awam.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");