Membawang Hari Ini

Fattah tak banyak songeh – Neelofa

KUALA LUMPUR: Gosip kononnya hubungan cinta Ejaz dan Warda yang mencetus fenomena dalam drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot menjadi realiti, makin hangat diperkatakan netizen.

Sisipan B*POP semalam turut menyiarkan gosip kononnya Neelofa yang melakonkan watak Warda dalam drama rantaian itu, makin intim dengan gandingannya, Fattah Amin.

Malah, sebelum ini, Fattah pernah memberitahu BH, dia masih berhubung dengan Neelofa biarpun drama arahan Micheal Ang itu sudah berakhir.

Khabarnya, pada hujung minggu ini, Neelofa dan Fattah ‘terbang’ ke Sabah dan Brunei bagi menjayakan sesi temu ramah bersama peminat anjuran Oli Candy dan pelancaran tudung Warda.

Namun, di sebalik gosip hubungan cinta mereka bertebaran, ada pihak mendakwa cerita Neelofa dan Fattah bercinta sekadar gimik murahan melariskan produk lakonan dan hijab keluaran pelakon jelita itu.

BH Online mendapatkan Neelofa bagi bertanya apa pandangan dirinya terhadap Fattah.

Enggan berahsia, Neelofa memberitahu: “Fattah sangat komited bekerja. Apa yang dia buat, saya nampak bersungguh-sungguh. Dia juga sangat mudah didekati. Bukan hanya dengan saya, dengan orang lainpun begitu.

“Tapi saya lihat dia perlu masa untuk selesa dengan sesetengah orang… Kemudian dia akan okay.

“Diapun tak banyak songeh… Pendek kata, orang boleh senang dengan dirinya,” katanya.

Mengenai gimik cinta lokasi dengan Fattah, Neelofa yang sedang memperlahankan jadual seni bagi memberi tumpuan kepada perniagaan, menganggap soalan itu tidak adil untuk dijawab.

“Saya tak nak komen mengenai hal itu. Apa yang penting saya seronok bekerja dengan sesiapa saja dalam Suri Hati Mr Pilot. Ini termasuk kru dan pelakon. Saya harap pada masa mendatang, akan dapat aura yang sama seperti pasukan drama itu,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");