Sukan Hari Ini

FIFA hormati keputusan Qatar berhubung isu arak

DOHA: Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura berkata, badan induk bola sepak dunia itu “menghormati” budaya Qatar berhubung isu sensitif penjualan arak di stadium pada Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun, Samoura yang bercakap di sini, berkata FIFA bagaimanapun masih belum berbincang dengan pegawai Piala Dunia di negara Teluk itu tentang apa yang akan dijual di stadium ketika kejohanan dan masih lama lagi untuk membuat keputusan akhir.

Kenyataannya dibuat susulan kenyataan pegawai paling senior Qatar, Hassan Al-Thawadi yang berkata penganjur 2022 melarang arak di dalam stadium.

“Kami menghormati kepercayaan dan kebudayaan negara ini,” kata Samoura selepas pertemuan antara FIFA dan pegawai Qatar.

“Perkara terakhir yang FIFA mahu adalah dituduh tidak memberi perhatian tentang kepercayaan seperti ini.”

Isu arah menjadi kontroversi terbaru membelenggu kejohanan yang bakal berlangsung di Qatar, Dalam satu temuramah sebelum ini, Al-Thawadi berkata: “Kami menentang penjualan arak di stadium dan sekitarnya.”

Dia juga menyatakan minum arak di “jalan raya, taman dan tempat awam” turut dilarang.

Bagaimanapun larangan arak sepenuhnya tidak dilakukan, tetapi minum arak hanya dibenarkan di “tempat yang jauh”. – AFP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");