Perak Hari Ini

Fit Perak@BukitGantang Meriah

TAIPING: Seramai hampir dua ribu pengunjung telah menghadiri Program Fit Perak@BukitGantang yang berlangsung di Dataran Bukit Gantang di sini.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program Fit Malaysia itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

perak-today-3

Fit Perak@BukitGantang dimulakan dengan acara kemuncak kayuhan yang disertai oleh pelbagai peringkat umur sejauh 10 kilometer.

Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sekitar jam 7.30 pagi.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan barisan exco kerajaan negeri.

Fit Perak@BukitGantang merupakan salah satu acara yang diadakan sempena program permukiman Menteri Besar di daerah Bukit Gantang dan Taiping yang berlangsung bermula 22 November lalu dan berakhir pada hari ini.

perak-today-6

Sama seperti penganjuran di tiga daerah sebelum ini, Fit Perak@BukitGantang telah menampilkan beberapa aktiviti menarik sepanjang program itu berlangsung antaranya karnival pendidikan,senamrobik dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Menteri Besar turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara berbasikal yang melibatkan jarak sejauh kira-kira 10 kilometer yang telah disempurnakan acara pelepasan oleh Datin Seri Saripah Zulkifli.

perak-today-4

Turut berlangsung acara larian sejauh lima kilometer dan acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");