KUALA LUMPUR: Sehingga kini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand, menurut Wisma Putra.
Menurut kenyataan kementerian itu pada Isnin, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau situasi di lokasi terjejas berikutan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter yang melanda Christchurch pada jam 12.02 pagi waktu tempatan Ahad (7.02 petang waktu Malaysia).
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihati menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington seperti berikut:
Alamat: 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6141 New Zealand.
Nombor telefon: 00-64-4-385 2439/ 00-64-4-801 5659
Talian kecemasan: 00-64-210440188
Faks: 00-64-4-385 6973
Emel: [email protected]
Wisma Putra: 03-8887 4530 / 03-8887 4570 (selepas waktu bekerja)
– BERNAMA