Perak Hari Ini

Giant Wet Bubble Tarikan Baharu Di Bukit Merah

IPOH : Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) memperkenalkan satu permainan baharu iaitu ‘Giant Wet Bubble’ untuk pengunjungnya.

Permainan separa bola gergasi yang mempunyai ketinggian 10 kaki itu merupakan satu-satunya di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pengurus Besar BMLR, Kamal Hussein berkata, permainan tersebut telah dibuka kepada umum sejak 26 Oktober 2016 dan menjadi popular di kalangan pengunjung.

“Selain Giant Wet Bubble, pelbagai aktiviti akan diadakan di BMLR terutamanya pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Pelbagai pakej menarik turut ditawarkan sepanjang cuti sekolah agar para pengunjung dapat bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan,”katanya dalam satu kenyataan.

Antara pakej yang ditawarkan ialah Pakej Bilik ‘YEAH’ pada harga RM355 termasuk penginapan dua hari satu malam di Laketown Hotel, sarapan pagi dan tiket Kombo Taman Air untuk empat orang.

????????????????????????????????????

Selain itu, BMLR turut menawarkan diskaun istimewa untuk tiket ke mana-mana taman tema.

“Harga tiket Taman Air Cuma RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak manakala Kombo Taman Air adalah RM46 untuk dewasa dan RM32 untuk kanak-kanak.

“Pemegang tiket Kombo Taman Air boleh mengunjungi Taman Air, Taman Eko, Skycycle dan memilih untuk menaiki sama ada Bot Kayuh, Kayak atau Kanu,”kata Kamal.

Dalam pada itu, sempena dengan cuti sekolah yang baru bemula, Kamal berkata, BMLR telah mengadakan program ‘Splashing Family Fun Day’ pada 26 November dengan harga tiket RM10 ditawarkan kepada 500 pengunjung pertama ke Taman Air pada hari tersebut.

“Taman Air di BMLR sebelum ini telah ditutup selama hampir satu bulan sebelum ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan sistem klorinator telah ditukar atas saranan Kementerian Kesihatan.

“Pihak Kementerian Kesihatan telah berpuas hati dengan kualiti air di Taman Air BMLR,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");