Sukan Hari Ini

Griezmann hampir angkat kaki

AYAM tambatan Atletico Madrid, Antoine Griezmann (gambar) mendedahkan dia hampir meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan pemain musim panas lalu.

Menurut Griezmann, perkara itu berlegar-legar di mindanya selepas pengurus, Diego Simeone dikaitkan dengan penghijrahan ke Inter Milan.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan Griezmann diintai beberapa kelab terkemuka termasuklah Real Madrid, Barcelona, PSG, Manchester City dan Arsenal.

“Memang ada terlintas di fikiran saya untuk berhijrah ke kelab lain, lebih-lebih lagi dengan khabar angin Simeone bakal menyertai Inter Milan.

“Pada masa itu, saya sudah bertekad jika Simeone angkat kaki, saya juga buat perkara sama.

“Tapi, bila saya mendengar sendiri daripada mulutnya bahawa dia akan kekal, jadi saya juga ambil pendirian sama,” kata Griezmann.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");