Membawang Hari Ini

GV3: Shidi Data tersingkir

SHIDI Data atau nama sebenarnya, Rashidi Rashid, 43, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima saingan Gegar Vaganza 3 (GV3), Ahad lalu.

Shidi yang mendendangkan lagu Ratuku nyanyian asal Awie pada malam itu gagal memikat juri dengan memperolehi 67.8 peratus di belakang Ameng dengan mengumpul markah sebanyak 68.3 peratus.

Mengulas mengenai penyingkiran tersebut, penyanyi yang berasal dari Pulau Pinang ini mengakui masih belum puas membuat persembahan.

“Saya reda dan tidak sedih kerana dalam pertandingan pasti ada menang dan kalah.

Bagaimanapun, Shidi mengakui belum puas membuat persembahan kerana penonton memberi energi untuk melakukan yang terbaik. Jelasnya, GV3 adalah platform terbaik penyanyi lama untuk kembali memeriahkan dunia seni.

“Saya bersama kumpulan Data baru muncul dengan single terbaharu berjudul Sayangku dan tentunya, ia menjadi penanda aras untuk kembali mewarnai industri muzik tempatan,” katanya yang sudah bersama kumpulan Data sejak 1991.

Sementara itu, berhubung imuniti yang disebut penaja utama GV3, Datuk Seri Vida, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, perkara itu terpulang kepada jutawan kosmetik itu untuk memberikan imuniti kepada peserta bertanding kerana konsep tersebut sudah sedia ada pada GV musim lalu.

“Imuniti memang sudah ada sebelum ini, cuma, peserta tersingkir yang mendapat imuniti itu mahu meneruskan saingan ataupun tidak, ia terpulang kepada mereka,” jelasnya ringkas.

Dalam pada itu, Ketua Juri GV, Datuk Ramli MS ketika diminta mengulas mengenai komen juri yang positif terhadap persembahan keseluruhan peserta, beliau berkata, semuanya mempunyai peningkatan.

“Saya kira bagus dari segi vokal. Ada peningkatan dalam penyampaian mereka secara teknikal dan menyukarkan juri membuat keputusan.

“Ia satu signal yang sihat dan kami tidak sabar menanti kejutan yang bakal dipersembahkan minggu hadapan,” ulasnya.

Terdahulu, Azharina membawakan lagu Berhenti Berharap dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Pada minggu keenam, peserta akan menyanyikan lagu-lagu pilihan produksi dengan tema Rock & Dangdut.

Peserta yang bakal berentap ialah Siti Sarah, Azharina, Ameng, G-Mie dan Zarul.

Tiga lagi ialah Intan Sarafina, Nora dan Zur Eda turut meneruskan saingan bagi merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");