Sukan Hari Ini

Hafizh Syahrin kembali gegar Litar Sepang

BINTANG Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menerima tawaran Project X Racing Team untuk menyertai perlumbaan pengakhir musim, Kejohanan Superbike Malaysia Pirelli di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Disember ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu yang menamatkan kejohanan dunia Moto2 600cc di tangga kesembilan tahun ini bersama Team Petronas Raceline Malaysia, akan beraksi dalam Kelas Terbuka Superbike 1,000 cc dengan menunggang Yamaha R1.

“Saya berterima kasih dengan Project X Racing Team kerana memberikan saya peluang ini.

Saya akan memastikan diri saya cergas dan dalam keadaan kompetitif pada tahap tinggi dalam tempoh ini, dengan musim MotoGP sudah berakhir dan ujian hanya dibenarkan bermula Mac tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");