Sukan Hari Ini

Hafizh Syahrin makin pulih

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kembali pulih daripada sakit perut yang dialaminya sejak kelmarin.

Bagaimanapun, pelumba itu masih perlu mendapatkan pengesahan pakar perubatan sebelum dibenarkan berlumba dalam sesi latihan bebas 3 dan juga kelayakan Grand Prix (GP) Valencia, hari ini.

“Hafizh makan sedikit dan tidur awal malam tadi,” lapor laman peminat Facebook rasminya, Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao sebentar tadi. “Ketika bangun pagi tadi, Hafizh memaklumkan sakit perutnya sudah semakin baik.

Beliau perlu mendapatkan sarapan yang baik pagi ini.

“Hafizh kemudiannya perlu ke pusat perubatan untuk mendapatkan pengesahan bahawa beliau sudah sembuh serta bersedia untuk memulakan FP3 dan sesi kelayakan sebelah petang.”

Semalam, pelumba PETRONAS Raceline itu tidak menyertai kedua-dua sesi latihan bebas selepas dinasihatkan doktor supaya berehat selepas mengalami keracunan makanan.

Sesi kelayakan untuk kelas Moto2 dijadual berlangsung pada jam 10.05 malam ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");