Sukan Hari Ini

Hamilton kurang sihat, tamatkan sesi latihan awal

PARIS: Lewis Hamilton meredakan spekulasi mengenai masa depannya bersama pasukan Mercedes AMG PETRONAS selepas mengadakan ujian bersama pasukan itu, semalam.

Begitupun, pelumba kelahiran Britain yang kehilangan mahkota kejuaraan dunia kepada rakan sepasukan, Nico Rosberg menamatkan sesi terbabit lebih awal disebabkan masalah kesihatan, menurut laporan yang dikeluarkan.

Bekas juara dunia tiga kali itu dijangka akan dikenakan tindakan disiplin oleh pasukan selepas cubaannya untuk menghalang Rosberg daripada dinobat juara dunia pada perlumbaan penutup musim di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, gagal.

Semalam, di Litar Yas Marina, pasukan Mercedes, Red Bull dan Ferrari mengambil bahagian dalam beberapa siri ujian yang ditetapkan oleh pengeluar tayar Pirelli menilai tayar lebih luas yang akan digunakan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) pada musim depan.

Hamilton yang memenangi perlumbaan di Abu Dhabi pada Ahad lalu namun masih menghalang Rosberg menjuarai gelaran dunia sepatutnya mengambil bahagian secara dalam keseluruhan sesi latihan.

Begitupun autosport.com, memetik kenyataan Mercedes dan beberapa akhbar British berkata Hamilton merasa tidak sihat selepas beberapa pusingan dan digantikan dengan pemandu ujian, Pascal Wehrlein.

Kimi Raikkonen turut mengadakan ujian bagi pasukan Ferrari dan Daniel Ricciardo dan Max Verstappen bagi Red Bull.

Perubahan peraturan pada musim depan bermakna tayar yang akan digunakan 25 peratus lebih lebar bagi membantu pelumba memotong dengan lebih mudah. – Reuters

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");