Sukan Hari Ini

Harimau Malaysia kekal beraksi

Putrajaya: Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini memutuskan skuad Harimau Malaysia dibenarkan untuk meneruskan aksi mereka menentang pasukan tuan rumah Myanmar pada aksi terakhir peringkat kumpulan B dalam saingan Piala AFF, esok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira semua pandangan dengan tindakan lanjut akan diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri bagi menzahirkan pendirian kerajaan Malaysia berhubung kekejaman tentera Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya dalam masa terdekat.

“Antara dibincangkan tadi tentang tindakan kerajaan kita termasuk kedudukan pasukan (bola sepak negara) kita.

“Kabinet membuat keputusan pasukan kita akan terus selesaikan perlawanan di Myanmar dan seterusnya tindakan diplomatik akan diumumkan Kementerian Luar Negeri dalam masa terdekat,” kata Khairy hari ini.

Sebelum ini, timbul gesaan beberapa pihak yang menyarankan pasukan bola sepak negara menarik diri sebagai tanda solidariti membantah kekejaman tentera junta Myanmar.

Malaysia yang berjaya menewaskan Kemboja dalam aksi pertama sebelum tumbang kepada Vietnam bakal berdepan tugas getir apabila dijadualkan turun berdepan pasukan tuan rumah dengan misi wajib menang.

Ketika ini, pendahulu kumpulan Vietnam selesa berada di depan selepas mengumpul enam mata hasil dua kemenangan berturut-turut manakala Myanmar dan Malaysia sekadar berkongsi tiga mata di tangga kedua dan ketiga namun dipisahkan atas perbezaan gol.

Sementara Kemboja berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");