Isu Panas

Hasrat Pas Perak tak munasabah

IPOH – Hasrat Pas untuk bertanding 35 kerusi Dun pada PRU14 secara bersendirian dilihat sebagai tidak munasabah.

Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, hasrat berkenaan terlalu sukar kerana Pas yang hanya berjaya memenangi lima kerusi pada 2008 dan 2013 lalu, biarpun bertanding 21 kerusi.

Malah menurutnya, kemenangan lima kerusi berkenaan juga dicapai dengan berbekalkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR), pada waktu itu.

“Pas hanya menang lima kerusi daripada 21 kerusi pada 2008 dan 201 lalu. 16 kerusi lain semuanya kalah, walaupun berbekalkan dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) pada waktu itu,” katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu sedia bertanding sekurang-kurangnya 35 kerusi Dun termasuk meletakkan lima calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di lima kerusi Dun majoriti pengundi bukan Melayu pada PRU14.

Keputusan itu dibuat berasaskan kajian dilaksanakan Jabatan Pilihanraya Pas Perak menetapkan sekurang-kurangnya 30 kerusi Dun perlu dimenangi parti itu pada PRU akan datang bagi membolehkan Pas mentadbir Kerajaan Perak secara bersendirian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");