Sukan Hari Ini

Hazwan, Darren serasi

Shah Alam: Gandingan baharu penyerang Hazwan Bakri dan Darren Lok dilihat mampu memberi nafas baharu kepada skuad Harimau Malaysia dalam misi memburu kejuaraan Piala AFF di Yangon, Myanmar bermula Ahad ini.

Mungkin masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai kemampuan kombinasi penyerang dari Selangor dan Johor Darul Ta’zim II itu namun berdasarkan persembahan ketika mengalahkan Papua New Guinea 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa semalam, mereka sememangnya memiliki potensi besar.

Hazwan, 25, mengotakan janjinya untuk kembali meledak apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-21 selepas pelawat mendahului seawal minit keenam hasil rembatan Nigel Dabinyaba.

Apa yang menarik gol itu berpunca daripada gerakan satu-dua Darren bersama pemain tengah Johor DT II Irfan Fazail.

Darren, 26, penyerang kacukan yang turun pada perlawanan antarabangsa kedua kerap melakukan larian untuk mengancam benteng lawan dan usahanya menghasilkan sepakan penalti untuk kapten Amri Yahyah menyempurnakan di minit ke-47.

Bagi Hazwan, dia masih belum boleh mendabik dada dengan persembahannya selepas kembali menggegar gawang selepas kali terakhir menentang Timor Leste dalam aksi play off Kelayakan Piala Asia 2019 Jun lalu.

“Saya tidak boleh berpuas hati dengan persembahan saya hari ini (semalam). Saya anggap persembahan saya tak begitu bagus.

“Saya berjaya membentuk keserasian bersama Darren dan saya percaya walaupun waktu semakin singkat, kami boleh memperbaiki lagi dalam sesi latihan,” katanya semalam.

Selain Hazwan dan Darren, jurulatih Datuk Ong Kim Swee turut menurunkan penyerang berpengalaman Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sebagai pemain gantian pada babak kedua semalam.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");